Politeknik Muadzam Shah (PMS) sedang memberi tumpuan kepada usaha untuk
memperkasakan semangat sukarelawan dalam kalangan pelajar PMS untuk dapat
dimanfaatkan kepada masyarakat setempat khasnya. Cabaran yang dihadapi ialan
untuk mengubah corak aktiviti kesukarelawan supaya lebih proakaktif di dalam
membangunkan kualiti dan jatidiri pelajar secara komprehensif. Inisiatif bukan
sekadar menyediakan dana atau sumbangan untuk masyarakat akan tetapi yang lebih
penting adalah merangsang semangat sukarelawan yang kreatif dan inovatif bagi
mengekalkan kesinambungan untuk melahirkan pelajar yang berdaya saing.
Menyedari pentingnya
usaha itu, PMS sentiasa memberi galakan yang berterusan kepada sukarelawan yang
terdiri daripada pelajar untuk terus berbakti kepada masyarakat setempat dan
global. Selain daripada itu, PMS juga berhasrat untuk merealisasikan proses
pengantarabangsaa pelajar PMS ke luar negara melalui pelaksanaan pelbagai
program kemanusiaan sejagat.
Pembabitan itu dapat
melahirkan golongan pelajar yang progresif dan dinamik serta menjadi ikon kepada pelajar lain dan masyarakat, berkebolehan dan berkeupayaan tinggi dalam
mengurus kepelbagaian serta berani mengambil risiko. PMS juga yakin dapat
memberi tumpuan kepada beberapa kategori program yang dilaksanakan dengan
kerjasama pihak tertentu seperti agensi kerajaan dan badan korporat agar dapat
bersama-sama membantu masyarakat yang berada didalam kesusahan.
Program yang bakal
dianjurkan seperti latihan kemahiran, gerak kerja dan pembangunan sukarelawan
akan dilaksanakan bagi memenuhi matlamat PMS yang akan melahirkan pemimpin
sukarelawan dan boleh memimpin masyarakat dan negara. PMS sentiasa
mengalu-alukan pelajar agar menceburi atau menyertai aktiviti kesukarelawan
kerana ia mampu untuk menyumbangkan fikiran dan perkonsian ilmu serta maklumat
untuk dimanfaatkan bersama. Menerusi program yang terancang, ia dapat memberi
cabaran kepada pelajar untuk membuktikan yang mereka sentiasa bersedia
menggalas tenaga, membatu memimpin
masyarakat mencapai kemajuan dan kesejahteraan. Bagi memenuhi hasrat
itu, pelajar PMS diseru agar dapat membuktikan kepada masyarakat yang mereka
adalah golongan intelektual yang berupaya membina negara, bangsa dan sekaligus
menyumbang bakti kepada masyarakat sekitar.
No comments:
Post a Comment